Mempersembahkan...
Buku sulung tulisan saudara
Ariff Azami bin Hussein
@ loyar berjurus
Mengenali penulis
Tragis. Memang amat sedih kerana mangsa dikelar semasa menyambut kepulangan bapa dari kerja. Dibunuh semasa memakai lampin saja. Tertuduh selawat 3 kali sebelum mengelar leher anak.
"Kalau kamu buat macam ni lagi kepada mak kamu, saya tarik diri! Saya tak nak wakil orang yang kurang ajar!" Saya memberi kata dua sambil menjegilkan mata. "Saya boleh wakil orang jahat tapi bukan orang tak ada adab!"
"Peguam jenayah ni tak betul. Kerja dia nak melepaskan orang jahat. Jangan jadi loyar jenayah, sebelah kaki dah ke neraka." Ini antara kata-kata yang selalu dihalakan kepada mereka yang menjadi peguam jenayah. Seolah-olah kerja ini kotor dan berdosa. Persoalannya, betulkah atau tidak kata-kata tersebut?
Ada anak guam saya yang nama tengahnya adalah 'innocent'. Ya! Nama beliau bermaksud tak bersalah! Bila dipanggil di Mahkamah namanya mengundang senyum simpul pihak-pihak. Cuma nasib tak menyebelahi anak guam yang 'innocent' ini. Keputusan kes beliau adalah beliau didapati bersalah (guilty).
Kerja peguam jenayah ini saban hari bergelumang dengan 'pendosa'. Client kami adalah 'orang jahat'. Alamat anakguam banyak di Istana Hinggap Sungai Buloh atau Istana Sangkut Kajang. Sebab itulah firma yang terlibat dengan kes-kes jenayah tak perlu buat open house untuk hari raya. Tak ada anakguam yang akan datang.
"Saya tak kira! Kalau sakit ke patah kaki ke, papah saksi ke Mahkamah selagi boleh! Kalau meninggal saja tak perlu datang, faham?!" Suara Puan Hakim bergema dalam Mahkamah. Bagai halilintar membelah bumi, tiada sapa yang sanggup menyanggah.
"Jika anda berminat dengan dunia kepeguaman, buku ini adalah bacaan wajib buat anda.
Penulis memimpin dan membimbing pembaca melayari liku-liku kehidupan seorang peguam kriminal dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan senang dihadam."
ADUN Sungai Ramal, Selangor
Peguambela & Peguamcara
"Satu cetusan pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi bersama dengan masyarakat tentang liku-liku
dan tanggungjawab seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah di negara ini."
Peguambela & Peguamcara
Mantan Timbalan Pendakwa Raya
"Yang mahu menjadi peguam jenayah, hakim, timbalan pendakwa raya dan apa saja profesion berkaitan dengan perundangan mestilah membaca buku ini. Penulis mempersembahkan asam garam kehidupan beliau dengan kemas."
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI
"Satu karya cemerlang, berkisar tentang liku-liku perjalanan dan pengalaman penulis dari kaca mata beliau sebagai peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah. Nukilan yang mudah diikuti, disulami jenaka, dan disampaikan dengan gaya yang santai."
Presiden
Majlis Peguam Malaysia
"Buku Peguam Kriminal ini wajar dibaca oleh setiap golongan masyarakat bagi memahami dengan jelas tugas dan peranan seorang peguam jenayah dalam erti kata yang sebenarnya. Buku ini dikarang di dalam bahasa yang mudah untuk dibaca dan ditulis daripada pengalaman kerjaya penulis sendiri."
Pensyarah Kanan
Fakulti Undang-Undang, UM
RM 35 SAHAJA
Sila sertakan tambahan RM 7 (semenanjung) atau RM 12 (Sabah/Sarawak) untuk kos penghantaran
(TOTAL RM 42 atau RM 47 sebuah)
Terima kasih atas kesudian Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Semoga sedikit perkongsian ini mampu memberi manfaat dan inspirasi kepada semua. Juga, semoga ia dikira sebagai pahala jariah di sisi-Nya.